Save 10%

Ustaz Azhar Idrus Live!

 

RM15.00 RM13.50

Kuantiti
Save
SKU: Komik ini sangat menarik dengan ulasan oleh Ustaz Azhar Idrus yang hanya merungkai setiap permasalahan dengan begitu bersahaja tetapi tetap bermanfaat.. Categories: , .

Description

Penulis : Ustaz Azhar Idrus

Dakwah perlu berterusan. Itu hakikat yang tidak boleh disangkal dalam usaha memastikan syiar Islam terus berkembang. Secara fitrahnya, manusia perlu kepada dakwah. Manusia perlu kepada nasihat dan peringatan. Setiap nasihat dan peringatan yang disampaikan dalam dakwah umpama vitamin yang boleh menyuntik kembali diri manusia. Vitamin ini akan memastikan manusia kembali segar dan bersemangat dalam memperbetul amal dan menyemarakkan keterujaan untuk terus beramal. Namun, dakwah pada hari ini perlu lebih kreatif dalam menarik perhatian setiap lapisan masyarakat. Naskhah komik “Ustaz Azhar Idrus Live” ini merupakan kesinambungan legasi penyampaian dakwah yang berhikmah dan segar demi mewujudkan umat Islam yang berhemah. Komik ini sangat menarik dengan ulasan oleh Ustaz Azhar Idrus yang hanya merungkai setiap permasalahan dengan begitu bersahaja tetapi tetap bermanfaat. Setiap lakaran kartun bersama informasi yang disampaikan secara tidak langsung dapat mengajak semua lapisan pembaca terutamanya anak muda menghayati kenikmatan ilmu dakwah.

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.