Travelog Et Kembara Afghanistan
RM25.00 RM22.50
Description
Buku ini mengisahkan cerita pengembaraan luar biasa Siti Noridah Ab. Rahaman yang telah ke negara bergolak Afghanistan secara solo pada musim luruh 2014 yang lalu.
Beliau pernah ditangkap dan di soal siasat oleh askar Afghanistan dan dituduh sebagai agen perisik dari Pakistan. Semangat untuk mengembara ke tempat yang jarang dikunjungi membawa beliau ke sana untuk melihat sendiri realiti kehidupan warga Afghanistan yang telah lama terasing daripada dunia luar selepas era peperangan.
Yang biasa kita dengar diberita utama dunia hanyalah bom berani mati, puak Taliban, konflik politik dan peperangan. Tapi ternyata, ada sesuatu yang manis dan indah boleh ditemui di Afghanistan.
Semoga kisah beliau menjadi teladan dan juga inspirasi kepada mereka yang ingin menjejakkan kaki di Afghanistan juga satu hari nanti.
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet.