Sales! 10%

Perjalanan Hidayah Umat

RM23.00 RM20.70

Description

Alhamdulillah dengan berkat susah payah, pengorbanan dan darah Nabi Muhammad serta orang terdahulu, kita hari ini mampu mengenali dan sujud kepada Allah SWT. Hari ini kita dilahirkan dari keluarga orang Islam hingga menyebabkan kita lalai dan tidak menyedari nikmat kebesaran Islam. Ramai yang bercakap soal Islam tetapi tidak dipraktikkan. Seorang ulama berkata, disaat ketika orang kafir sedang sibuk menyembelih orang Islam di serata dunia, orang Islam pula sibuk meneyembelih satu demi satu amalan dalam Islam itu sendiri. Jika kita ingin mengulangi keagungan dan kejayaan Islam seperti sahabat maka hari ini kita perlulah mencontohi usaha gerak kerja yang ditunjukkan oleh nabi dan sahabat demi mengamalakan Islam dalam erti kata sebenar

Hakikat waktu ini, oleh kerana ramai di kalangan kita yang dilahirkan Islam maka kita hilang arah dan pedoman di mana hendak memulakan gerak kerja sebagai Orang Islam. Sebagai gambaran mudah jika kita ingin mendapat pelajar cemerlang maka kita perlu contohi pelajar yang telah mendapat keputusan peperiksaan cemerlang. Jika kita ingin menjadi usahawan berjaya, kita perlulah contohi usahawan yang telah berjaya melebarkan perniagaan dan mendapat hasil jutaan ringgit. Natijah yang sama juga, jika kita ingin berjaya mengamal Islam secara terbaik, maka kita perlulah contohi sahabat yang telah diikitraf sendiri oleh Allah SWT

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.