Sales! 10%
buku-pedoman-pesakit-2-kulit-depan

PEDOMAN PESAKIT

RM20.00 RM18.00

Product Description

Pedoman Pesakit : Panduan Ibadah dan Motivasi Pesakit” susunan al-Fadhil Ustaz Azhar bin Yahya dan al-Fadhilah Ustazah Fadilah binti Yaacob adalah tepat dan sangat diperlukan oleh masyarakat khususnya di Malaysia terutama bagi membantu mereka dalam melaksanakan ibadah apabila menghadapi situasai sebagai pesakit.

Buku ini merupakan garapan daripada karya-karya ulamak dalam fiqh serta pengalaman luas penulis dalam berdakwah kepada masyarakat dalam menyampaikan ceramah dan kertas kerja di hospital-hospital serta program-program anjuran NGO bagi merungkai permasalahan ibadah bagi pesakit dengan bahasa yang mudah serta beberapa paparan gambar.

Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca serta panduan dan motivasi dalam melaksanakan ibadah walau dalam apa jua keadaan. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita akan kembali. Semoga Allah memberkati segala usaha yang dilakukan oleh penulis dan semua yang terlibat dalam penerbitan buku ini serta menjadikannya saham kebaikan di akhirat kelak. Amin.

 

Mohd Juzaili bin Juhan

16 Zulqa’dah 1435 H

11 September 2014 M

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.