Save 10%

Nota Fikir Untuk Zikir

 

RM19.00 RM17.10

Kuantiti
Save
SKU: Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas... Categories: , .

Description

SINOPSIS
 
Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas: Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku. Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan.
Pada cerita dulu-dulu, ada jejak iktibar yang perlu disusuri semula. Pada alam ciptaan Tuhan, ada pengajaran yang dapat diambil. Ia bergantung pada bagaimana kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihat sesuatu, bergantung pada siapa diri kita. Dengan gaya santai dan simple, penulis mengocak ‘fikir’ dan ‘zikir’ pembaca – langkah kecil yang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih gah untuk memantapkan ‘fikir’ dan ‘zikir’ ummah.
‘Kelebihan yang terdapat pada beliau (Pahrol Mohd Juoi) adalah keupayaan mengolah sesuatu persoalan daripada dimensi yang berbeza dan memberikan persepsi baru terhadap perkara yang digarapnya.’ Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Kehormat MACMA Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian:
Bahagian 1: Iktibar Kisah Dulu-dulu – Mencari hikmah dan ibrah, teladan dan sempadan, daripada cerita rakyat yang merupakan suara hati orang bijaksana untuk mendidik umat.
Bahagian 2: Berguru dengan Alam – Melihat nikmat tanpa melupakan Pemberi nikmat, dengan menjadikan alam sebagai Maha Karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang keagungan Penciptanya.
Bahagian 3: Kata Dikota – Memuatkan kata-kata yang indah dan benar, yang mampu mengubat rasa yang gundah serta membuat fikiran menjadi lebih besar, seterusnya
mampu mengubah jiwa!
Harga : RM 21.00 Sabah Sarawak

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.