Save 10%

Mendekati Al-Quran

 

RM17.60 RM15.84

Kuantiti
Save
SKU: Pada masa kini, adakah kita dapat merasakan sentuhan-sentuhan ayat-ayat Al-Quran seperti yang dapat dirasakan oleh ulama Salafus Salihin?. Category: .

Description

Pada masa kini, adakah kita dapat merasakan sentuhan-sentuhan ayat-ayat Al-Quran seperti yang dapat dirasakan oleh ulama Salafus Salihin? Apakah sebabnya sentuhan ayat-ayat Al-Quran itu tidak berkesan kepada hati kita? Sebabnya, hati kita kurang bersedia menerima arahan dan mesej yang terkandung di dalam ayat-ayat Al-Quran yang kita baca, atau kita dengar, kerana kekurangan ilmu dan iman ketika membaca dan mendengarnya, sebagaimana yang ditegaskan oleh Sahabat Nabi SAW yang utama, Abdullah bin Umar R.A.

“Sesungguhnya aku melihat seseorang mendatangi Al-Quran sebelum cukup iman di dalam dirinya. Lalu dia baca seluruhnya dari awalnya hingga akhirnya. Dia tidak tahu suruhan dan tegahannya dan di mana dia harus berhenti memikirkannya. Dia baca seperti menghamburkan pasir sahaja” Dan pada kenyataan lain, dia berkata: “Sesungguhnya kami sahabat-sahabat Nabi SAW dikurniakan iman yang cukup sebelum membaca Al-Quran. Tetapi akan datang selepas kamu, kaum yang membaca Al-Quran sebelum cukup iman. Mereka betulkan huruf-hurufnya, tetapi mereka abaikan undang-undang dan hukum-hukumnya”

 

Jelas sekali daripada penegasan Abdullah bin Umar R.A ini bahawa diperlukan ilmu dan iman yang kuat ketika membaca Al-Quran, atau mendengarnya supaya kita dapat merasakan dan menghayati kenyataan-kenyataan yang dibawa oleh ayat-ayat itu dan merasakan sentuhannya pada hati kita.

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.