Ingat Aku Robot?
RM25.00 RM22.50
Description
“Ingat Aku Robot?” merupakan cernaan minda yang menggabungkan imaginasi fiksi dan kisah yang benar-benar terjadi. Bacaan santai untuk setiap lapisan umur, terutamanya anak-anak remaja yang sedang meningkat dewasa. Usia remaja adalah medan pencarian diri dan personaliti. Pertembungan antara emosi, retorik dan logik berbaur menjadi campuran perasaan yang kompleks. Kisah anak remaja yang sarat dengan konflik dalam perjalanan menuju kematangan. Tema ini diadun di dalam novel ringkas ini.
Saya menyedari bahawa karya ini tidak luput dari kekhilafan dan kelemahan. Sesungguhnya kritikan dan saranan yang baik amatlah saya alu- dialukan. “Jadilah manusia, sebelum jadi orang beragama, slogan utama novel ini yang mengangkat nilai kemanusiaan dalam diri setiap insan, menuntut penulis dan pembaca menghayati erti menjadi seorang manusia yang baik. Harapan saya adalah semoga buku yang kecil ini mampu menyentuh deria fikir dan rasa pembaca.
Selamat membaca! – AMIR LUTFI | Penulis
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet.