Save 10%

Detik Aku Berpaling

 

RM19.00 RM17.10

Kuantiti
Save

Description

‘Semusim kenangan yang aku damba, akhirnya terhapus kerana gerimis durjana. Aku fikir jalanku tempuh ini pasti gerhana, ternyata di akhir jalan, ku temui si matahari yang terang benderang.’

Buku DETIK AKU BERPALING ini merupakan sebuah cerita yang diadaptasi daripada kisah benar. Buku ini mengisahkan fasa kejatuhan yang membangkitkan diri Nur Wardani yang telah kehilangan ‘cinta sejatinya’, Muhammad Hafiz. Wardani sedar bahawa suatu pengharapan itu diletakkan pada Tuhan, bukan pada manusia.

Sehebat apa pun perancangan mereka untuk berkahwin tetap tidak akan mampu mengubah ketetapan Yang Maha Esa. Dilalui setiap detik kejatuhannya dengan penuh ketabahan dan penyerahan pada Allah SWT. Pada awalnya, dia menyangka bahawa kehilangan seseorang yang dia cintai itu membuatkan dia kehilangan dirinya jua. Namun, tidak sama sekali. Dia mulai menemui dirinya yang berbakat dalam bidang penulisan. Fasa berlalu fasa, dia kian menempah nama sebagai ‘doktor hati’ yang menyediakan ubatan serta preskripsi melalui penulisan.

Setiap bab daripada buku ini mempunyai pengisian dan ayat Al- Quran yang perlu dihayati. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakanmu.

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.