Cik Abang, Sudi Nikah Satu?
RM20.00 RM18.00
Description
Buku terbaru karya Ustazah Fatimah Syarha ini bertajuk ‘KAU TERBELA SEBAGAI MUSLIMAH’ di datangkan dengan 3 SIRI. Siri Pertama ini bertajuk ‘Cik Abang, Sudi Nikah Satu?’
Buku ini membincangkan tentang topik kekeluargaan berteraskan Fiqh al-Awlawiyat. Dalam serba keterbatasan, umat berhajat kepada kebijaksanaan para ilmuan untuk mengajar tentang Fiqh al-Awlawiyat. Iaitu mengajar umat bagaimana meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak mulia. Ya, sudah tentu ada khilafnya nanti. Apapun, the best will win.
Kita mahukan segala perkara diletakkan pada kedudukan dan tempatnya secara adil tanpa ada mana-mana bahagian yang diabaikan atau dirugikan.
Firman Allah :
“Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.” [Surah al-Rahman: 8-9].
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet.