Aku Bukan Malaikat
Save 10%

Aku Bukan Malaikat

 

RM25.00 RM22.50

Kuantiti
Save

Description

Jadi Untuk Siapa Buku Ini Ditulis

1- Untuk mereka yang rasa bahawa hidup ini hanya suka-suka dan senda gurau, sedangkan manusia ini ada fungsi dan tujuan hidup.

2- Untuk mereka yang merasakan bahawa ujian dari Allah ini menyusahkan, sedangkan Allah uji kita berdasarkan kemampuan kita.

3- Untuk mereka yang ragu-ragu tentang takdir, pilihan, ketetapan maut, jodoh dan rezeki, sedangkan Allah dah beri pilihan dalam masa yang sama menetapkan takdir.

4- Untuk mereka yang dah terlanjur berzina, ketagih tengok video lucah dan tersangkut dengan cinta sejenis seperti gay dan lesbian, saya sediakan solusi yang saya rasa terbaik untuk bantu kau semua.

5- Untuk mereka yang anggap bahawa cinta mereka tulus suci dan murni macam minyak masak seri murni, sedangkan cinta yang sebenar adalah apa-apa yang beri pahala dan membawa ke syurga, bukan beri dosa dan membawa ke neraka.

6- Untuk mereka yang nak bernikah tanpa bercouple bagai, di sini saya kongsi sedikit solusi dan tips.

7- Untuk mereka yang rasa taubat ini hanya sekali, sedangkan Rasulullah dan para nabi terdahulu pun istighfar dan bertaubat setiap hari walaupun mereka maksum.

8- Untuk mereka yang nak berubah dan bertaubat, tetapi masih lagi tidak jumpa jalan dan cara untuk bertaubat.

9- Dan sudah pasti untuk diri aku sendiri yang sembang kencang, tetapi banyak yang tak jalan.

Semoga orang yang terakhir membaca buku ini lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendegar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya saya telah sampaikan sebahagian kecil ilmu yang saya tahu bersedikan agamamu kepada hamba-hamba mu.

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.