Aku Ada Wali
Save 10%

Aku Ada Wali

 

RM25.00 RM22.50

Kuantiti
Save

Description

Syumaila, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama ‘cinta’.

Dia menunjukkan ketegasan diri apabila di uji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.

Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara ‘menghampiri jalan zina’ sebelum menuju alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya, ini saat ‘menahan’, apabila ‘berbuka’ penuh keterujaan.

Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.